Pengubahsuaian pascatranskripsi

Pengubahsauian pasca-transkripsi ialah rangkaian proses biologi yang umum pada sebahagian besar sel eukariotik ketika transkrip primer RNA diubah secara kimia setelah transkripsi dari sebuah gen untuk menghasilkan molekul RNA yang matang dan fungsian yang kemudian dapat meninggalkan inti sel dan melakukan salah satu fungsinya di dalam sel.[1]Terdapat banyak jenis pengubahsuaian pasca-transkripsi yang dicapai melalui pelbagai kelas mekanisme molekul. Salah satu contohnya ialah penukaran pendahulu transkrip RNA duta (mRNA) menjadi RNA duta matang yang kemudian mampu diterjemahkan menjadi protein. Proses ini termasuk tiga langkah utama yang secara signifikan mengubah struktur kimia molekul RNA: penambahan topi 5', penambahan ekor poliadenilasi 3', dan penjalinan RNA. Pemrosesan ini penting untuk translasi genom eukariotik yang benar kerana pendahulu mRNA awal yang dihasilkan oleh transkripsi sering kali mengandung baik ekson (urutan pengekod) mahupun intron (urutan bukan pengekod); penjalinan RNA menghilangkan intron dan menghubungkan ekson secara langsung, sedangkan topi dan ekor memudahkan pengangkutan mRNA ke ribosom dan melindunginya dari degradasi molekul.[2] Pengubahsuaian pasca-transkripsi juga berlaku sepanjang pemprosesan transkrip lain yang akhirnya menjadi RNA pemindah, RNA ribosomal, atau jenis RNA lain yang digunakan oleh sel.